Sunday, December 7, 2014

CEO baru M.A.S

Katakan anda seorg pelabur. Anda tahu saham MAS sudah murah. Anda ingin melabur pada syarikat MAS setelah anda tahu MAS telah melakukan penstruturan semula syarikat.
Anda juga tahu bahawa terdapat org "baru" dlm MAS. Anda siasat latar belakang "org baru" itu.

Berikut adalah apa yg telah anda siasat :
1- Beliau permah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.
2- Beliau merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.
3- Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian.
4- Pada 1999, Beliau beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group. Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama.
5- Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan.
Beliau yg di maksudkan adalah Cristoph Mueller.
-----
Apa pandangan anda sebagai pelabur?

Credit to: Aznil Hisham

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...