Thursday, January 8, 2015

1st training of the year 2015....

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia....

Ecececeh...

Semangat tak?

Training pertama untuk 2015. Tiga hari berturut-turut okey! Pengsan.... Dari Ampang ke Bandar Sri Damansara. Kau mampu menempah jam? Tak nak nempah jam takpe kau keluar seawal pukul 7 pagi menghantar anak ke babysitter pastu shoot ke Bandar Sri Damansara menerjah DUKE dan SPRINT Highway. Pukul 8.15 pagi dah sampai parking. Lepas melantak nasik lemak sesedap rasa menjalankan pulak aktiviti mengepam susu untuk Muhammad Hadif. Dah siap tepat jam 9 pagi naik ke Training Room sekali kau nampak dua orang manusia aje yang sampai hahaha....

Itu perkara biasa dalam training. Kalau sekolah nak lambat seminit pun kau tak berani. Tapi untuk training berbayar kau buat-buat mika tebal je kannn...

So hari ini dan hari seterusnya berkampung lah di sini... Kagum dengan diri sendiri sebab dah sekian lama tak sibuk seawal pagi tetapi hari ini aku hadapi dengan jayanya. Ucap lah tahniah *hehe*

Okey...training dah nak mula...tata titu titi... Muachiked!



No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...