Sunday, June 2, 2013

Tesco Online Shopping?

Inilah berita yang paling menggembirakan surirumah-surirumah di seluruh Malaysia. Membeli tanpa ada halangan. Tak perlu nak tunggu suami balik kerja terutamanya kepada isteri yang mana si suami selalu outstation. Thumbs up to Tesco. Dari hari tu lagi terfikir siapakah gerangan Manager atau Executive atau Management Trainee yang comes out with this idea kan. Sungguh brilliant. Bukan susah pun nak buat website. Dengan keuntungan yang didapati aku rasa Tesco tutup sebelah mata je nak buat. Ada duit semua boleh jadi. Mungkin masa nak setup program agak lama tapi untuk jangka masa panjang sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak baik pelanggan ataupun Tesco. Agak-agak promoted tak orang yang bagi idea tu.

eshop.tesco.com.my

Aku baru register last week. Rasa excited wehhh... Sape yang tak nak shopping online terutamanya barang-barang keperluan rumah. Walaupun jarak dari rumah ke Tesco hanya sekangkang kera kalau  ada yang lebih menyenangkan guna je la kesempatan yang ada. Di Tesco semua barang ada dijual online. Barang basah pun boleh dibeli secara online, bawang, sayur apalagi, semua boleh. Best kan? Nak tak nak je beli. Bab bayaran jangan risau sebab bayaran boleh dibuat depan pintu masa dorang deliver barang. Tapi tak semua tempat dorang cover. Kena check dulu taman perumahan kita ada tak dalam list. Kang citer best rupa-rupanya tempat korang tak ada dalam list.

Sebenarnya kan, if korang nak tahu, shopping online Tesco sebenarnya lebih menjimatkan dari kita pergi tolak troli dan pusing satu Tesco tu. Korang akan beli barang yang betul-betul perlu sahaja. Ini kira bercakap melalui pengalaman. Lepas register aku mulalah memilih barang-barang yang nak dibeli. Boleh bandingkan harga lagi hehe... Barulah nampak, oooo barang ni mahal sebenarnya, tengok rempah yang tu sama je kualiti tapi kenapa harga lebih murah? Pada masa itu, anda akan guna kuasa sebenar anda sebagai seorang pengguna. Pernah tak shopping kat Tesco beli barang yang tak ada dalam senarai?

Barang basah online

Nak register sangat senang. Pergi ke website http://eshop.tesco.com.my dan baca dulu apa yang patut dibaca terutamanya Terms & Conditions. Ada delivery charges RM10.00 untuk area kawasan rumah aku. Jumlah belian minimum tak pasti berapa. Kalau setakat nak beli bawang merah 100gm, gula sekilo, telur sepuluh bijik baik tak payah. Beli je kat kedai runcit depan rumah tu. Jumlah maksimum kuantiti tu ye. Ikut stok barang yang ada. Yang ni ada tertera di dalam T&C. Sila baca dengan teliti. So far, belum lagi dengar feedback yang tak puas hati dari Tesco Online Shopping. Nama pun baru dilancarkan. Mesti banyak kesilapan here and there. Tapi sebagai pelanggan, we are always right. Kuasa membeli di tangan anda. Lagi satu tak perlu lagi bersesak-sesak beli barang dan beratur panjang masa buat pembayaran.

Bagi isteri yang bakal berpantang tak keluar rumah selama 44 hari macam aku, memang sangat tepat pada waktunya Online Shopping ni dilancarkan. Teringat masa berpantang masa bersalinkan Hanif, hubby jadi shopper beli barang baby. Ada je yang tak kena...tension ye.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...