Monday, September 21, 2020

KEK LAPIS ELZHA HALAL?



Mempertikaikan Halal Kek Lapis keluaran Elzha. Dengan menyatakan butter yang digunakan tidak Halal.

Ini bukan kali pertama dapat soalan Halal ke tidak. Dari mula mula jadi agen dulu sampai lah sekarang dapat soalan yang sama. Sebelum ni pun ada post tentang Halal. Tak ingat dah. 

Tapi first time aku dapat soalan direct kikiki. Jadinya, soalan pertama mader tanya, minta customer bagitau butter apa yang tak Halal tu? Cuba senaraikan. 

Untuk rujukan Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk Kek Lapis Elzha boleh masuk portal Halal JAKIM disini halal.com.my. Nombor Rujukan JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 031-11/2019 atas nama syarikat berdaftar EZ ELYZAF ENTERPRISE.

Ingat suka suka boleh claim produk kita Halal? Kalau kantoi naya. Kalau tak kantoi pun kita nak tanggung dosa sebab overclaim kata produk Halal? Fikir tu je lah. 

Bukan senang nak dapat status Halal dari JAKIM. Mungkin lah senang tapi tak mudah. Banyak benda yang kena comply. Semua pihak JAKIM akan check dari sekecil-kecil atau sesikit sikit bahan yang digunakan. Sebab tu ada yang bertahun baru dapat status pengesahan Halal. Tapi Alhamdulillah Kek Lapis Elzha dalam tempoh 3-4 bulan je dah dapat Halal. 




Nama produk yang tak kena sikit pun takkan lepas. Contoh macam Kek Lapis Abg Sado dan Anak Daro. Yang sekarang dah jadi Kek Lapis Capuccino Cheese dan Strawberry Cheese. Pilihannya cuma dua. Nak dapat Sijil Halal mudah dan cepat atau sebaliknya.

Sebab tu bila customer dapat Kek Lapis Abg Sado je confius. Eh i tak order yang ni. So sebagai seorang mak penyayang yang caring aku pun explain dengan penuh kasih sayang hihihi.

Dan kita tak boleh nak salahkan pembeli kalau dorang tanya berkenaan Halal. Sebab dah menjadi kewajipan kita untuk membeli produk yang Halal kan. 😊 

Gigih korek album semata mata nak post dua gambar founder Elzha suami isteri ni hahaha. Sebab bila tunjuk gambar lain yang lebih cantik hasil dari photoshoot ramai yang ragu ragu. So mader mempersembahkan dua gambar original di atas tu untuk tatapan korang semua.


No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...