Monday, July 14, 2025

Hadif pilih dan buang kutu beras


Semalam bapak dia suruh dia pilih kutu beras. Beras lama asingkan simpan untuk burung² merpati yang rajin datang mintak makan. Beras baru simpan.

Seronoklah dia, aku nampak dia lambung² beras tu. Aku cakap kat laki aku nanti bersepah atas lantai dengan beras. Aku dah bebel. Tapi papa dia kata, "Takpe nanti dia sapu, dia kena ada kerja baru tak bosan..." Aku diam je lah. Iyakan je lah ekk.

Lepas dah habis aktiviti dengan beras mengemas bagai, bapak dia masuk terpijak sisa beras atas lantai terus bebel².Bergaduhlah depa berdua semalam. Aku biar je. Malas masuk campur. "Haah apa ni buat kerja macam ni bla bla bla...." bapak dia membebel. 

Aku buat² tak dengar je. Tadi masa aku cakap bapak dia kata biar je, bagi hilang bosan. Lepas tu bapak dia pulak bising sampai sakit telinga aku. Aku dah faham sangat cara budak ni buat kerja. Hidup dalam perut aku dulu kot sebelum keluar tengok dunia. Taktik² dia semua ni dari dia lahir, membesar dengan mengacau barang² baking aku semua aku boleh baca.

Bapak dia je selalu tertipu. 🤣🤣

Friday, July 11, 2025

Hadif pula yang demam

Selepas aku hampir sembuh, Hadif oula yang demam Sabtu lepas. Syukur just demam panas sahaja. Tak ada batuk tak ada flu. Isnin dan Selasa dia tak sekolah. Hari Rabu barulah bersekolah. Rabu ada tusyen. Hari Khamis pula ada aktivit pengakap sampai kena berdiri dua jam. Balik rumah terus dia lembik.


Aku balik petang tengok macam lesu je. Aku tanya apa aktiviti dia di sekolah. Papa dia yang bagitahu Hadif ada aktiviti Pengakap. Kena berdiri 2 jam.

Aku dah agak, Hadif ni masih dalam recovery proses. Nampak macam dah okay tapi badan dia tak heal sepenuhnya. Aku pun hari ini barulah rasa okay 80%. Jadi, bila dia dah baik demam terus dua hari kena balik petang badan dia akan rasa lemah. Dia pun cakap dengan aku nak pegang pensel pun tak larat. Nampak dah mula selsema dah. Aku bagi dia makan ubat panadol dan piriton then lepas Isyak aku suruh dia tidur.


Bangun pagi tadi pun badan panas, hidung mula sumbat berhingus. Aku bangunkan dia dan paksa dia makan ubat lagi. Lepas tu sambung tidur. Kemudian aku mesej cikgu dia bagitahu dia dah demam balik. Terpaksa dia ikut aku pergi office sebab tak ada siapa yang nak jaga dia kat rumah kalau papa dengan abang dia pergi Solat Jumaat. Aku pun fikir juga dah berapa lama dia terperap dalam rumah aku jadi kesian. Itu yang aku bawak dia pergi sarapan then lepas sarapan barulah kami berdua pergi office.

Rasa pelik demam kali ni masa untuk sembuh tu agak lama. Aku pun ambil masa lebih seminggu untuk sembuh sepenuhnya. Yang Hadif ni pun dah nak masuk seminggu. Tak tahu apa virus sekarang ni macam lebih hebat dari dulu. Bila demam lambat je nak sembuh.

Wednesday, July 9, 2025

Tak sihat lain macam kali ni

Malam sebelum appointment dengan dentistry UM aku tak boleh tidur. Terbersin non stop. Telan ubat sinus pun masih lagi tak okay. Jadi lagi teruk. Lepas tu rasa badan sejuk semacam sampai kena tidur pakai hoodie jacket. Tutup kepala semua then berselimut. 

Esoknya bangun pun sama juga bersin², mata berair. Telan lagi ubat sebab nak pergi hospital. Rasa pelik sebab biasa kalau sinus bila dah tidur dan rehat, bangun pagi dia akan okay. Ini tak. 

Syukur masa check gigi apa semua tu tak bersin sangat. Tapi hidung rasa tersumbat tak boleh bernafas hahaha. Aku gagah je lah. Cumanya tak jadi cabut gigi tu terus balik.

Balik rumah terus terbaring kat sofa, mata berair. Badan rasa tak sedap. Makan ubat tidur sampai malam. 

Rabu lepas, dah tak boleh bangun. Anak² bangunkan pun tak larat. Tak dapat aku nak hantar anak² sekolah. Badan dah sakit². Rasa nak muntah. Flu dengan batuk non stop.  Tapi bila batuk tu belakang jadi sakit. Macam tertarik urat belikat tu bila batuk. Seksanya aku rasa. 🤣

Tak tahu nak makan apa, telur
setengah masak je la

Aku tak masak. Dua hari laki aku masakkan megi sebab aku rasa Ya Allah sedapnya megi ko masak. Tapi makan sikit je. 

Aku paksa diri sendiri minum air banyak². Sampai setiap sejam pergi tandas. Setiap 4 jam telan panadol. Tidur bangun je kerja aku. 

Khamis tu macam dah kurang, tapi badan masih tak larat. Batuk pun berkahak. Selera makan hilang. Tapi teringin macam². Pun husband aku masakkan megi yang aku cuma makan dua tiga sudu je. Nasi aku tak lalu makan. 

Aku masuk office hari Isnin minggu ni. Masih rasa tak sihat. Kawan² office pun ada yang demam, ada yang baru nak demam. Semalam, aku masuk ofis jugak tapi lepas lunch aku balik. Ada kawan² aku pun balik. Tak tahan. Aku balik aku baring, rehat dan tidur. Aku paksa diri makan nasi. 

Pagi tadi Alhamdulillah dah rasa sihat sikit dari semalam. Tapi disebabkan pergi lunch panas terus rasa badan lembik dan rasa nak muntah. 😅

Aku nak pergi Dentistry PPUM pun tak boleh lagi sebab badan sekejap okay sekejap tak okay. 

Tak pernah lagi aku tak sihat melarat macam ni. Demam tu dah baik. Batuk dan kahak tu ada sikit lagi. Cuma badan tu masih rasa tak sihat. Mungkin sebab minggu lepas aku tak makan jadinya lama masa yang badan aku ambik untuk recover.

Tapi itulah, mana boleh dipaksa kalau tak ada selera makan. Hari ni pun tekak aku masih rasa tawar je. Aku gigihkan diri jugak la makan nasi.

Petang pulak tetiba teringin Nescafe tarik. Pergilah kedai mamak. 😅

Friday, July 4, 2025

Temujanji untuk cabut gigi, tapi tak jadi

Selasa lepas bersamaan dengan 01 Julai 2025, aku pergi PPUM lagi dalam keadaan cuak jugak khennn sebab nak cabut gigi kononnya. Laki aku kata lepas cabut nanti gusi awak bengkak, tak boleh makan dua tiga hari. Aku macam eh seram gak la.



Student tahun ketiga yang dapat kes aku. Sekali, bila check balik dah tanya balik pakar apa semua dorang bagi pilihan samada nak cabut gigi tu atau nak selamatkan gigi. Kalau boleh dorang nak selamatkan gigi sebab gigi masih cantik, takde masalah, tak ada lubang, tak ada karies etc. Sayang kannn aku dengan gigi aku selama aku hidup ni. Jaga baik punya hihihi.

Lagipun dorang kata akak muda lagi.😆



Fracture tu ada tapi halus di bahagian gigi bawah. Memang susah nak nampak kalau tak tengok betul². Gigih dorang suluh nak cari fracture tu tadi hahaha. Jadi, prof dorang kata kalau nak cabut boleh, nak try selamatkan gigi dulu pun boleh. Prof dorang kata kalau cabut nanti takde gigi dahhh. Amboiii prof depa punnn. Kes aku dah ditukar kepada postgraduates yang lain. Tunggulah next appointment dorang akan panggil.

Yang aku?

Okay je tak ada masalah. Memang macam complicated sebab gigi aku tu dah crack. Tapi, Try je lah. Mana tahu. Tak boleh akan datang pun boleh cabut. Lagipun sebelum ni pun aku pernah buat root canal kat sini. Student jugak yang buat. Alhamdulillah elok sampai sekarang. So aku yakin dengan kebolehan generasi anak² muda kita kat PPUM. Tiberrr. 💪😆

Dua jam aku kat PPUM tapi demi gigi takpelah. Hadap je.