Last aku datang Klinik Pergigian PPUM tahun 2007. Masa tu buat root canal. Kad pun dah lusuh. Dah pergi klinik biasa sebelum ni tapi doktor kata masa tu okay lagi tak payah buat apa². Yelah, gigi elok lagi kan. Harini datang sebab gusi membengkak hampir dua minggu. Sakit pulak tu. Ada rawatan yang klinik biasa tak boleh buat tapi hospital boleh buat. Sebab itulah, datang ke sini huhu. Lama tak datang sini, sesatlah jugak sebab banyak dah berubah. 😅
Selepas kena check dan xray doktor kata gigi ada fracture. Fracture yang doktor pun tak boleh nampak. Gigi cantik tak ada lubang. Sebab tu susah nak tengok. Bila kuman & bakteria masuk melalui gigi pecah, itu yang sebabkan infection kat gusi sampai bernanah dah terjangkit kat tempat lain. Maka sebab itu gusi membengkak teruk. Urat gigi pun dah mati. Nak buat root canal macam dulu tak boleh sebab gigi tu dah retak. Kalau buat root canal pun nanti gusi akan bengkak juga. Jadi, solusinya kena cabut gigi tu then buat rawatan gusi. Esok kena pergi dan cabut gigi. Aku tak takut kena cabut gigi. Aku takut kena cucuk dengan jarum bius. 😅
No comments:
Post a Comment