Saturday, September 19, 2020

3 TIPS ASAS PENJAGAAN KEK LAPIS

Seperti yang anda ketahui, kek lapis ni ada yang tahan lama dan ada yang sekejap je dah kulat. Ada yang 1-7 hari boleh bertahan pada suhu bilik.

Tapi lain pula untuk Kek Lapis Elzha.

Kek Lapis Elzha ni dijamin cuma bertahan diluar pada suhu bilik maksimum 5 hari. Kek Lapis Elzha tidak mempunyai pengawet dan bahan bahan yang digunakan adalah segar. Menggunakan 100% mentega.

Kek Lapis Strawberry, Pandan, Red Velvet dan Cheese kalau boleh dimakan dengan segera untuk mengelakkan kek lapis dari berkulat atau fungus. Melainkan bila dapat kek tu je korang terus masukkan ke dalam peti ais, chiller atau freezer then should be okay.

Lagipun Kek Lapis Elzha ni walaupun dibakar ia tetap dalam kategori Kek Lapis Basah. Pelik kan. Bakar tapi basah. Itulah salah satu keistimewaan Kek Lapis Elzha yang ramai orang tak tau. Korang tau Kek Lapis tu sedap je kan hihi.

Macam mana nak jaga kek lapis ni supaya tak berkulat. Ye lah tak semestinya korang nak hadap satu buku kek tu sekali makan kan. Mestilah nak makan sikit sikit.

Okay. Macam mana nak jaga kek lapis?

TIPS YANG PERTAMA: BALUT KEK DENGAN CARA YANG BETUL.

- Balut kek lapis dengan menggunakan "Cling Wrap" dengan kemas. Lepas tu ambil bekas kedap udara dan masukkan kek lapis tersebut ke dalam bekas kedap udara tu dan simpan di dalam Peti Ais. Boleh tahan lama sehingga sebulan dua (pengalaman sendiri). Chiller tahan 3 bulan dan freezer tahan sehingga 6 bulan. Dengan syarat tak keluar masuk. Kalau dah keluar masuk tu sila habiskan. Nanti kang nangis tak dapat makan kek lapis yang sedap ni.

TIPS YANG KEDUA: JANGAN BIAR TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI.

- Jangan biarkan kek lapis terdedah secara terus dengan cahaya matahari atau dalam keadaan panas. Confirm akan cepat rosak dan berkulat. Kecuali Kek Lapis Chocolate Cheese dan Capuccino Cheese hahaha. Ni kawan aku yang kata dia terlupa kek lapis dia tertinggal dalam but kereta lepas dua minggu baru perasan. Bila makan elok je lagi dia kata. Ini aku suspek yang mungkin kereta dia takde parking yang tak panas. Parking basement je kalau pergi office. Kat rumah pun park bawah porch. Kalau boleh jangan try. Cari pasal namanya.

TIPS YANG KETIGA: JAGA KEBERSIHAN.

- Maksudnya bila potong kek tu kalau boleh elakkan tangan kita menyentuh terus kek tersebut. Boleh guna sarung tangan. Sebab tangan kita ada bakteria. Jadi bukan bersih sangat pun. Bukan setakat kek lapis je. Mana mana jenis makanan pun tak boleh disentuh dengan tangan suka suka je. Pernah dengar orang tua kata dulu. "Eh jangan sentuh sayur dengan tangan nanti basiii...." Haah macam tu lah dengan situasi bila memotong Kek Lapis Elzha ni.

SEKIAN TIPS UNTUK KALI INI. KITA JUMPA DILAIN MASA YA. INSYAALLAH MORE TO COME. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...