Tuesday, October 20, 2015

Facebook Ads Simple



SYARAT-SYARAT NAK BUAT FB ADS

 + Yang pertama: PRODUK / SERVIS
Nak berniaga di Facebook kena ada produk atau servis. Nak jual tudung ke, kek,, biskut, makanan ringan, supplement, baju bajan, ada restoran, ada kedai dan lain-lain.

+ Yang kedua: FANPAGE
Kalau boleh elakkan menjalankan aktiviti perniagaan menggunakan akaun personal. Buat Fan Page. Dari Fan Page boleh share di wall personal kita. Yang belum ada Fan Page boleh buat sekarang. Kalau tidak macam mana nak buat ads nanti kan.

+ Yang ketiga: DEBIT / KREDIT KAD
Kena ada at least salah satu. Sebab nanti Facebook akan tolak RM dari debit kad atau kad kredit tersebut. Kalau kos iklan kita RM10, Facebook akan tolak RM10. Jangan risau takkan tolak lebih melainkan kita yang set lebih. .

+ Yang keempat: GAMBAR PRODUK
Mesti cantik menarik dabom! Clear. Gambar original. Bukan curik orang punya tau. Yang ni memang ambik masa. Belajar snap gambar walaupun tak pandai. Nanti lama-lama akan jadi expert. Tak pandai upah photog tolong snap kan. Ok?

+ Yang kelima: AYAT
 Macam mana nak bagi orang "pandang" produk kita. Tengok gambar je dah sangkut. Belum ayat lagi. Biasa bab-bab ayat ni kita panggil copywriting. Bagaimana kita mahu menarik emosi pelanggan untuk membeli produk kita. Kena ingat 90% pelanggan membeli kerana emosi. .

+ Yang keenam: BAJET
Paling penting. Sebagai peniaga kita tak boleh kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat marketing. Walau macam mana sekalipun mesti kena sediakan kos marketing. Nak jualan RM500 kena put aside RM50. Nak jualan RM10,000 put aside RM1000.

 To be continued... 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...