Monday, August 17, 2015

BISNES PERLU BERUBAH

Orang muda yang baru menjalankan bisnes selalu berasa serba-salah hendak membuat keputusan.

Contoh:

+ Mahu meneruskan bisnes pertama, ataupun mahu berhenti dan cuba bisnes baru.

+ Mahu meneruskan partnership dengan partner yang ada, ataupun menamatkan partnership itu dan memulakan partnership baru dengan partner baru.

+ Mahu meneruskan memberi servis kepada klien yang ada, ataupun menamatkan servis itu dan mencari klien baru.

+ Mahu meneruskan cara-bisnes yang ada, ataupun memberhentikannya dan tukar kepada cara-bisnes baru.
.
Dalam bisnes, tidak ada yang tidak berubah. Semuanya berubah.

Contohnya: Partner yang ‘bagus’ semasa syarikat dan bisnes masih kecil, belum tentu partner itu sesuai apabila bisnes semakin besar dan syarikat perlu dibesarkan. Kita perlu membawa masuk partner baru yang mempunyai ilmu dan skill menguruskan bisnes besar.

+ Tukang masak yang pandai memasak di dalam kuali kecil untuk 10 orang makan, dia belum tentu pandai memasak di dalam kuali besar untuk 100 orang makan.

+ Juragan yang pandai mengemudi perahu kecil, dia belum tentu pandai mengemudi kapal besar.

+ Pemain yang pandai main table tennis yang mejanya kecil, dia belum tentu pandai bermain lawn tennis yang gelanggangnya besar.
.
Bisnes berubah. Pasaran berubah. Keperluan bisnes berubah. Kita sendiri perlu berubah.
.
Sumber: Sekolah Bisnes

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...