Saturday, July 4, 2015

Pengorbanan kecil isteri


Isteri kepenatan melayan karenah anak-anak... Isteri diam

Isteri kepenatan melayan karenah suami... Isteri diam tak mengadu apa-apa...

Isteri kepenatan membuat kerja rumah...Isteri diam tak mengadu apa-apa...

Isteri kepenatan membuat muka manis dikala suami menunjuk muka "toya"...isteri diam walaupun dalam hati tu terasa

Isteri kepenatan menyediakan keperluan suami dan anak-anak... Isteri diam..


Kadang-kadang sebagai insan biasa kita terlupa pengorbanan seseorang. Terutamanya sang suami. Suami rasa dialah insan yang paling tak cukup rehat, paling penat, paling cepat stress. Tak boleh tak cukup rehat. Penat sikit komplen, Letih sikit komplen. Isteri pantang silap, Silap sikit je kena marah. Salah sikit pun tak boleh. Bukan silap seorang isteri pun isteri kena tanggung jugak. Boleh dikatakan fungsi seorang isteri salah satunya sebagai "punch bag" suami. Tempat melepaskan kemarahan dan ketidakpuashatian. Tempat menunjuk muka marah, muka stress...

Pernahkah kita bertanya setiap kali balik kerja kita tanya isteri kita penat atau tidak, macam mana kerja rumah hari ini, apa cabaran hari ini...

Ini tidak... balik kerja ayat yang keluar hanyalah

"Saya penat ni balik kerja, kerja banyak kat ofis..." luah kita kepada isteri. Isteri pun diam je kerana dia pasti sudah faham ayat itu ayat tidak mahu diganggu. Biarlah suami dia rehat.

Jadi isteri biarkan aktviti rehat suami dia yang duduk di sofa bersilang kaki dengan TV terpasang. Di tangan ada hand phone. Konsentrasinya hanya kepada henfon. Tersenyum dan tersengih sorang-sorang. Isteri terkial-kial di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa dengan hanya mampu memandang suami yang sedang "rehat" selepas kepenatan. Ataupun yang paling rajin sekali ialah tidur sementara menunggu waktu berbuka. Padahal sang isteri ini dah tahap lembik nak pengsan akan tetapi tetap diam. Tetap tunjuk muka bertenaga. Kerana dia fikir kalau dia tak masak anak-anak dan suami dia nak makan apa. Jadi digagahkan juga. Dalam kesibukan memasak di dapur sempat lagi melayan anak-anak yang merengek. Yang bergaduh tu lantak lah... 

Bila kawan-kawan kata nak jumpa terus 'OK'. Mengopi sampai rasa "full the time" nak balik then balik. Urusan penting katanya. Isteri pun diam je tak cakap apa. Sebab kalau tanya lebih dikata isteri ni tak memahami.

Balik malam mandi kemudian pegang henfon lagi sambil baring atau duduk santai... Sengih-sengih ketawa happy-happy sorang-sorang. Bila isteri tegur diam je tak dijawab. Kalau toleh pandang muka isteri pun kening kerut-kerut. Maksudnya jangan tanya lebih-lebih. Kesian si isteri ni tadi... Cukup time pukul 10 malam suami bersuara "saya penatlah nak tido awal hari ini...'' Agak-agak apa jawapan isteri? Isteri dengan lemah lembut suaranya berkata "tidurlah esok abang nak kena bangun awal nak pergi kerja...'' Walaupun dalam hati macam nak maki je kan hahaha...

Di mana dan sampai manakah tahap kesabaran seorang isteri? Apakah isteri tidk punya perasaan? Tidak punya hati? Tidak punya jiwa?

Begitulah rutin setiap hari seorang isteri hanya mampu memendam rasa... Kerana kalau diluahkan "rasa" itu pun akan tetap ISTERI yang salah, BUKAN salah ISTERI pun tetap ISTERI juga yang salah,  ISTERI yang tak memahami, ISTERI yang tak pandai buat kerja, ISTERI yang tak buat kerja, ISTERI yang tak bersyukur dan macam-macam lagi.

Pernahkah sebagai seorang suami kita mengucapkan terima kasih kepada isteri setiap hari. Bukan sebulan sekali, bukan seminggu sekali. SETIAP HARI! Pernah? Kita cuma tahu "LEVEL" dosa isteri kita. Kita tak pernah check "level dosa" kita...

Jangan marah kalau ada kes isteri tembak suami dia, isteri bunuh suami dia, isteri tetak suami dia. Ada ke?

Kehidupan suami isteri saling melengkapi. Sayang isteri kita seperti kita sayang diri kita. Jaga isteri kita bagaimana kita menjaga diri kita. Hidup bersama isteri kita seolah-olah esok TIADA lagi buat kita...

Jangan lupa ISTERI itu amanah ALLAH...

Jom kita belajar saling syukur mensyukuri...

#HidupKeranaAllah

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...