Saturday, July 4, 2015

Extra Sujud

Asalammualaikum semua, salam Nuzul Quran dan Salam satu Malaya...
Sedar tak sedar 16 Ramadhan telah berlalu. Sekarang ni pergi mana-mana berkumandang lagu Raya. Semangat nak raya masing-masing. Tapikan saya tak rasa semangat nak raya pun. Hati berdebar-debar. Makin dekat Syawal makin berdebar hati....

Bagaimana persiapan semua? Baju raya, kuih raya dan sebagainya? Biasa mak bapak tak raya pun tak apa. Anak-anak ni yang penting. Dapat baju baru. Kasut baru. Yang penting duit raya.
Bagaimana pula persiapan rohani kita? Adakah kita berebut-rebut mengejar pahala 1000 bulan atau pun "rilek lu".

Yang peniaga bazaar, Tokey Tokey bazaar, Tokey Tokey kuih raya, Tokey Tokey baju raya, Tokey Tokey bazaar raya. Tak tertinggal jugak bakers kuih raya macam saya ni huhu... Memang gigih mengejar rezeki di bulan Ramadhan. Nak masak pun tak sempat. Hari pertama puasa dah sibuk menggila. Sibuk dengan rezeki yang Allah bagi dan sibuk "fight" untuk mengadap Allah. Saya pun mengalami situasi yang sama.

Satu kita perlu ingat dan kita tanam dalam dalam di lembah sudut otak kita. Apa apa yang kita buat kita kena dahulukan Allah. Fast Action Fast Result dengan Allah. Ini kerana rezeki itu dari Dia. Bila bila masa je Dia boleh tarik dengan sekelip mata. Kita panjatkan syukur melalui solat kita. Kita panjatkan syukur melalui sujud kita. Perasan tak kalau kita melambat lambatkan waktu solat lagi kita rasa masa itu cepat berlalu. Ini maksudnya masa itu tak berkat.

Pertama carik keberkatan dan keredhaan. Kita mintak Allah permudahkan segalanya buat kita. Kita serahkan 100% urusan kita kepada Allah. InsyaAllah Allah akan uruskan untuk kita. Buat EXTRA SUJUD. Kerana lagi banyak kita bersujud sebenarnya menunjukkan kita ni lagi bersyukur kepadaNya. Ehh... Allah nilai tau semua tu. Tak kira sesibuk mana pun cukup TIME kita mengadap Dia Yang Maha ESA.

Memang kerja banyak tak terkejar. Tapi sebelum mengejar dunia kita kejar keredhaan Allah dahulu. InsyaAllah Allah akan aturkan buat kita. Amin.
All the best untuk semua!

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...