Wednesday, February 4, 2015

Konsep dua rumah satu kereta



Dah lama saya tidak berblogwalking. Hari ini sedang free jadi boleh ambil kesempatan nak jenguk blog Ariff Shah. Saya memang suka baca blog Ariff Shah sebab dia ada idea tersendiri untuk menyuarakan pendapatnya. Budak pandai kan hehe. Sekarang ni dia dah jadi Pru BSN Wealth Planner. Untung muda-muda sanggup jadi agen insurans... Jadi sedang godek-godek blog dia saya terbaca satu entri "DUA RUMAH SATU KERETA". Entri yang cukup menarik perhatian saya terutamanya bila kita hidup di bandar ni. Rata-rata ramai di antara kita yang mempunyai dua kereta satu rumah kan. Atau dua rumah dua kereta.

"Konsep dua rumah satu kereta ni macam mana? Simple. Beli dua rumah dulu, baru beli kereta. 

Kenapa jangan beli kereta dulu? 

 1) Kacau loan. Bila baru mula kerja, gaji kecil. Kalau beli kereta komitmen naik. Kebanyakan yang ada masalah nak apply loan rumah adalah orang yang ada loan kereta. 

 2) Kos memiliki kereta. Downpayment, maintenance, aksesori, insurance dan macam-macam lagi kos untuk memiliki kereta ni akan buat duit simpanan keluar macam air kalau duit simpanan sikit. Bila duit simpanan habis, takde modal nak buat downpayment rumah. 

 Kenapa kena beli rumah dulu? 

 1) Belilah rumah tak kisah untuk tinggal sendiri atau nak sewa. Takde masalah sebab gaji dah utilize untuk beli aset. Harga aset hartanah ni sentiasa naik, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Beli rumah yang dekat dengan tempat kerja. 

 2) Kalau beli untuk tinggal sendiri, bilik yang kosong boleh disewakan kepada orang lain. Dapat tinggal free sebab penyewa yang bayarkan rumah kita. 

 3) Kalau beli untuk disewakan, lebih banyak lebihan bulanan yang kita dapat. 

 4) Cukup setahun atau setahun setengah, harga rumah naik dan boleh refinance. Duit refinance boleh guna untuk beli rumah lagi atau buat belanja kahwin. 

 Kenapa kena beli rumah kedua sebelum beli kereta? 

 1) Harga rumah sentiasa naik dan naik pada kadar yang tak sekata dengan kenaikan gaji. 10% kenaikan gaji tahunan belum tentu boleh tampung loan untuk 10% kenaikan harga rumah. Setiap tahun tak beli rumah menyebabkan kita semakin ketinggalan sebab harga rumah memang naik di kawasan yang bagus. Tinggal kawasan yang tak bagus je harga murah. 

 2) Bila beli rumah kedua, apa-apa lebihan itulah yang digunakan untuk membeli kereta. Jadi lebihan tadi dah berkurangan dan kita akan beli kereta ikut lebihan selepas membayar dua buah rumah. Kalau beli kereta selepas rumah pertama, mungkin lebihan duit banyak dan kereta yang bakal dibeli pun ikut lebihan yang banyak tadi. Kereta nampak hebat, bilangan aset kurang hebat berbanding yang beli dua rumah dahulu tadi. 

 3) Maximize keupayaan hutang pada aset adalah lebih baik berbanding liabiliti seperti kereta. Jadi itulah rasional saya kenapa saya berdegil dari dulu lagi tunggu beli dua rumah baru beli sebiji kereta. 

Melihat keadaan sekarang, saya rasa cara inilah paling senang untuk fresh grad supaya tak pening kepala sangat bila fikir pasal nak beli rumah sebab bila tak beli kereta, confirm mampu beli rumah. Tak kisahlah rumah mahal atau murah. 

Apapun, cara saya bukanlah yang terbaik dan sesuai untuk semua. Pada saya, strategi ni berhasil. Semoga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk anda semua."

Saya rasa perancangan kewangan sebegini sangat bagus. Alhamdulillah buat masa sekarang saya tiada hutang apa-apa. Kereta pun tak ada bayar bulan-bulan. Jadi rasanya sangat boleh andai ikut tips ni kan. Boleh beli dua rumah sekaligus hehehe... InsyaAllah.

Soalnya sekarang ni anda di kategori yang mana? Dua rumah satu kereta ke atau dua kereta satu rumah?


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...