Simpanan ialah simpanan - Takaful ialah perlindungan. Takaful bukan simpanan atau pelaburan. Unit Amanah (Unit Trust) adalah pelaburan. Unit Amanah bukan simpanan.
Antara cara-cara untuk memulakan simpanan ialah:
Pertama
Kita perlu tentukan jenis pendidikan ingin kita sediakan untuk anak-anak kita. Adakah kita akan memilih IPTA atau IPTS, program berkembar mahupun ke luar negara.
Kedua
Letakkan sasaran tempoh masa. Untuk ini, kita perli kira berapa lama lagi tempoh yang kita ada untuk perancangan. Jika anak kita sekarang berusia 7 tahun, InsyaAllah dalam tempoh 10 tahun akan datang dia bakal melangkah ke universiti. Jadi, tempoh yang kita ada ialah 10 tahun.
Ketiga
Tentukan jumlah simpanan yang perlu dibuat untuk mencapai matlamat kita. Beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti tempoh sebelum anak memulakan pengajian ke IPT, kadar inflasi kos pendidikan (about 5% a year) dan mencari jumlah kos pendidikan pada masa akan datang. Mungkin susah sikit nak dapat exact amount tapi, kita boleh buat anggaran berdasarkan Education Planner. Dari situ kita akan tahu berapa jumlah tabungan yang perlu dilakukan setiap bulan atau tahunan. Setiap kos pengajian adalah berlainan kosnya.
Keempat
Bagi menyediakan tabung atau pelan pendidikan yang lengkap, kita boleh menyimpan sebahagian duit kita di dalam insurans pendidikan dan melabur sebahagian lagi di dalam Unit Trust. Kita boleh kenalpasti beberapa syarikat yang menyediakan insurans pendidikan secara takaful. Buat perbandingan bagi mengenal pasti kelebihan setiap produk atau pelan yang ditawarkan. Mungkin ada yang berpendapat bila dah buat simpanan dan pelaburan, insurans itu tidak perlu. Tanggapan itu amatlah tidak tepat. Dengan cara ini, bukan sahaja simpanan kita dapat melindungi kebajikan dan masa depan anak-anak dan memberi pelepasan cukai pendapatan, malahan risiko pelaburan boleh dipelbagaikan dengan dana pelaburan yang lebuh produktif.
Kelima
Apabila kita dah merancang untuk mengambil insurans pendidikan anak-anak, jangan bertangguh atau berlengah untuk melakukannya. Lagi muda usia anak kita, lagi rendah kadar premiumnya. Kita juga perlu mengambil kira usia diri sendiri. Bagi memudahkan pembayaran, kita boleh memilih pembayaran secara potongan gaji.
Keenam
Memilih kaedah yang betul sama ada simpanan, pelaburan atau takaful(perlindungan). Sebenarnya ketiga-tiga kaedah tersebut mempunyai kebaikan tersendiri dan jika kita mampu melakukan semuanya serentak, sudah tentu ia satu bonus. Tetapi bagi yang berpendapatan agak terhad, kita perlu memilih. Ini pentingnya perancangan.
Perbezaan antara simpanan, pelaburan dan takaful: